comscore
Tumpuan :
Sukan

Tak perlu kad biru – Subkhiddin 

Subkhiddin Mohd Salleh

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan bola sepak, itu pendirian bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh.

Kata beliau, meskipun peraturan itu pernah digunakan di pertandingan rendah khususnya peringkat bawah umur, namun penggunaan kad merah dan kuning dalam sukan bola sepak sudah memadai bagi menghukum pemain yang melakukan kesalahan.

“Saya kurang pasti dengan keberadaan kad biru sama ada ia dapat membantu menjadikan bola sepak lebih kompetitif atau sebaliknya,” ujarnya.

Jumaat lepas, media antarabangsa melaporkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), badan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang permainan mencadangkan untuk meluluskan pelaksanaan kad biru sebagai sebahagian daripada percubaan.

Menurut laporan itu, pemain akan ditunjukkan kad biru dan diperintahkan keluar padang selama 10 minit jika mereka berbeza pendapat dengan pegawai perlawanan atau melakukan kesilapan kecil.

Menurut Subkhiddin, sekiranya kad biru dikenakan, pasukan yang kehilangan seorang pemain buat sementara waktu akan memperlahankan tempo permainan dengan mengawal bola di bahagian sendiri manakala pasukan lawan akan meningkatkan serangan.
==BERNAMA==

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini