
PETALING JAYA: Ramalan pemerhati sukan Ng Tze Yong bakal menguasai Badminton Terbuka Hylo di Jerman, nyata meleset.
Sebaliknya Tze Yong yang tampil selaku pemain nombor 15 dunia juga pilihan ke-4 kejohanan, tewas mengejut kepada lawan dari Republik Czech, Jan Louda pada pusingan kedua sebentar tadi.
Louda pemain yang mendudukki ranking ke-49 menang mudah 21-10, 21-7, cuma dalam tempoh 29 minit.
Kemenangan ini membolehkan Louda mara ke suku akhir berdepan pemain Perancis Toma Junior Popov esok.
Turut tersingkir pada pusingan kedua hari ini, beregu campuran Goh Soon Huat dan Shevon Lai.
Pasangan negara yang diletakkan selaku pilihan ke-4, turut dikejutkan gandingan Hong Kong, Tang Chun Man dan Tse Ying Suet 13-21, 14-21, hanya dalam masa 26 minit.
Meneruskan cabaran negara kini satu lagi beregu campuran Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dan pasangan lelaki, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi