comscore
Tumpuan :
Sukan

Tang Jie-Ee Wei hampiri sasaran, mara ke separuh akhir Masters Thailand

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin menghampiri final pertama mereka musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Masters Thailand, hari ini.

Pasangan nombor sembilan dunia itu yang diletakkan sebagai pilihan kedua menepati ramalan apabila mengatasi beregu Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-12, 25-23 pada aksi suku akhir di Stadium Nimibutr di Bangkok.

Pencapaian kali ini sudah pasti melonjakkan semula keyakinan Tang Jie-Ee Wei yang sebelum beraksi hambar dalam tiga kejohanan pertama musim ini.

Mereka terkandas di pusingan kedua Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia.

Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun dijangka berdepan tentangan sengit dalam misi untuk melangkah ke final apabila dijadual berdepan pasangan meningkat naik dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito pada aksi separuh akhir, esok.

Midorikawa-Saito mara ke kelompok empat terbaik selepas menundukkan wakil tuan rumah, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaiprapat 21-16, 21-16.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini