Tumpuan :
Sukan

Tang Jie/ Ee Wei kejar jurang sembilan mata, rampas slot ke separuh akhir

Tang Jie/ Ee Wei

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SHENZHEN: Satu lagi aksi luar biasa ditampilkan pemain negara apabila membuat kebangkitan dramatik di suku akhir Masters China hari ini.

Beregu campuran Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei pada satu ketika semakin hampir disingkirkan Guo Xin Wa/ Chen Fang Hui ketika kedudukan 11-20 di set kedua menyajikan keajaiban dengan membolot sembilan mata berturut-turut sebelum mengubah nasib menerusi kemenangan 23-21.

Kejayaan menyamakan keadaan 1-1 setelah tewas 14-21 di permainan awal, terus menyuntik semangat perjuangan pilihan keempat itu.

Lawan tuan rumah terus hilang rentak di set penentuan membolehkan pemain kebangsaan itu merakam 21-16 seterusnya melangkah ke separuh akhir esok.

Minggu lalu pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao turut berdepan situasi serupa ketika ketinggalan 10-17 kepada Jonatan Christie dari Indonesia di separuh akhir Masters Jepun sebelum bangkit mencuri kemenangan 22-20 dan mara ke perlawanan akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini