comscore
Tumpuan :
Sukan

Tang Jie – Ee Wei mara ke final Masters Thailand

Chen Tan Jie – Toh Ee Wei berdepan beregu tuan rumah Dechapol Puavaranukroh – Sapsiree Taerattanachai pada final Badminton Masters Thailand di Bangkok esok.- Foto ihsan BAM

PETALING JAYA: Beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan cabaran negara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Masters Thailand yang berlangsung di Bangkok.

Tampil selaku pilihan ke-2, Tang Jie-Ee Wei menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa – Natsu Saito pada saingan separuh akhi sebentar tadi.

Set pertama tiada masalah buat beregu negara mengatasi lawan yang juga pilihan ke-3, 21-11.

Bagaimanapun saingan set kedua lebih sengit apabila Midorikawa – Saito cuba bangkit,

Namun Tang Jie – Ee Wei berjaya mengekalkan rentak untuk memastikan tiket ke perlawanan akhir menamatkan set kedua 21-17 pada pertarungan yang berlanjutan 33 minit.

Aksi final esok, tugas getir menanti pasangan negara apabila menentang pilihan utama, juga gandingan handalan tuan rumah Dechapol Puavaranukroh – Sapsiree Taerattanachai.

Pada satu lagi separuh akhir Dechapol – Sapsiree menumpaskan beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto – Lisa Ayu Kusumawati 21-17, 21-14

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini