comscore
Tumpuan :
Sukan

Tang Jie-Ee Wei tak anggap BAC sekadar pemanas badan

KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China bermula 9 hingga 14 April ini tetap penting bagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meskipun keutamaan mereka Sukan Olimpik Paris.

“Memang keutamaan kami adalah Olimpik tetapi jika ada kejohanan lain yang perlu disertai, setiap pemain pastinya tak mahu kalah.

“Saya tidak katakan kami pergi ke BAC untuk memanaskan badan sahaja. Kalau ada peluang muncul juara, kenapa tidak kami cuba capai peluang itu,” katanya.

Bagaimanapun Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan ujian getir di BAC apabila akan bertemu pasangan ranking pertama dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong seawal pusingan pertama.

Rekod pertemuan nyata tidak memihak kepada Tang Jie-Ee Wei yang tewas ketiga-tiga perlawanan sebelum ini dengan kali terakhir di Masters Jepun, November tahun lalu.

“Saya tak boleh meramalkan apa yang akan berlaku tetapi hanya mampu berikan yang terbaik pada hari perlawanan.

“Perkara paling penting adalah lakukan persediaan untuk perlawanan itu bersama fikiran yang berbeza. Seperti saya katakan tadi, setiap pemain mahukan kemenangan, begitu juga dengan kami,” kata Tang Jie.

Tang Jie-Ee Wei yang menduduki ranking kesembilan dunia terlepas untuk meraih gelaran Terbuka Switzerland selepas tewas kepada rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada aksi final, baru-baru ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini