comscore
Tumpuan :
Sukan

Tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 akan dibincang Kabinet minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026 oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Malaysia akan dibincangkan Kabinet minggu depan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata justeru itu, beliau tidak mahu membuat ulasan yang mendahului Kabinet.

“Isu tawaran sebagai tuan rumah Sukan Komanwel, ia akan di bawa ke dalam perbincangan Kabinet minggu depan dan kita maklum ada banyak maklum balas mengenainya.

“Namun, saya beri jaminan kerajaan ini sangat bertanggungjawab dan setiap ringgit yang dibelanjakan akan kita pastikan ia mendatangkan hasil kepada negara dan kerajaan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya,” katanya pada sesi penggulung Tutah Ucapan Diraja, di Dewan Rakyat, petang ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini