comscore
Tumpuan :
Sukan

Ten Hag yakin Mainoo tidak tertekan dilabel bintang dalam pembikinan

Skuad senior England, Kobbie Mainoo. FOTO: Reuters

MANCHESTER: Pengurus pasukan Manchester United yakin pemain remaja berpotensinya, Kobbie Mainoo tidak tertekan dengan sandaran yang diletakkan di bahunya sebagai bintang dalam pembikinan untuk kelab dan negara.

Mainoo, 18,  dipilih ‘Man Of The Match’ pada perlawanan persahabatan England menentang Belgium Selasa lalu yang berkesudahan seri 2-2.

Itu hanya penampilan kali kedua Mainoo bersama skuad senior England selepas diturunkan selaku pemain gantian pada perlawanan menentang Brazil yang menyaksikan England tewas 0-1.

Perkembangan semasa ini mula menimbulkan keyakinan peminat, pengendali England Gareth Southgate bakal menyenaraikan Mainoo dalam skuad kebangsaan menghadapi Euro 2024.

Bagi Ten Haq sesuatu yang bagus buat kerjaya Mainoo tetapi dia mengakui tidak terkejut peningkatan yang ditampilkan tonggak remaja itu.

“Kami telah melihat kemampuannya yang pantas menyesuaikan diri menuju peringkat lebih tinggi.

“Dia pemain semulajadi, kami gembira untuknya dan semestinya bangga, sangat bangga.

“Sesuatu yang cemerlang buat Akademi Manchester United menggilap pemain yang sangat muda untuk skuad kebangsaan, satu penghargaan juga buat kelab,” ujar Ten Hag.

Apa yang pasti kecemerlangan Mainoo musim ini sejak melakukan penampilan pertama November tahun lalu banyak membantu jentera tengah United.

Sekaligus menyemarakkan usaha United berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris sebagai jaminan ke saingan Liga Juara-Juara.

United juga dilihat calon pilihan ke final Piala FA apabila menentang Coventry City pada perlawanan separuh akhir 21 April ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini