comscore
Tumpuan :
Sukan

TENIS: Sabalenka rangkul Grand Slam pertama

Aryna meraikan kejayaannya bersama trofi kejohanan. – FOTO: AFP

MELBOURNE: Aryna Sabalenka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Elena Rybakina dan memenangi Terbuka Australia sekali gus meraih gelaran Grand Slam pertamanya.

Bintang Belarus itu merebahkan dirinya di atas gelanggang sambil menangis selepas menang 4-6, 6-3, 6-4 menentang lawannya yang juga juara Wimbledon selepas bertarung selama 2 jam 28 minit di Rod Laver Arena.

Aryna yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan, kemudian berlari mendapatkan pasukannya untuk meraikan kejayaan itu.

“Terima kasih pasukan saya. Kami melalui banyak cabaran yang mana boleh saya katakan agak sukar pada tahun lalu.

“Terima kasih banyak atas apa yang anda semula lakukan untuk saya. Saya sayang anda semua,” kata Aryna.

Dia kemudian menambah: “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Elena untuk dua minggu yang luar biasa.

“Anda adalah pemain yang hebat dan harap kita akan mengharungi lebih banyak lagi pertarungan terutamanya di pentas final Grand Slam.” – HARIAN METRO

Loading...
Terkini