comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka China: Aaron-Wooi Yik lawan Yew Sin-Ee Yi di suku akhir

Aaron (kanan) bersama Wooi Yik perlu melepasi halangan Ee Yi dan Yew Sin untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka China. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mempunyai wakil beregu lelaki ke separuh akhir Terbuka China apabila berlaku pertembungan sesama sendiri antara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di suku akhir, esok.

Kedua-dua pasangan negara itu menumpaskan lawan masing-masing di pusingan kedua dengan Aaron-Wooi Yik menumpaskan wakil China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dengan 21-16, 21-17.

Yew Sin-Ee Yi pula mengalahkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-12, 21-17.

Ia bakal menyaksikan pertembungan kali ketujuh buat dua beregu negara itu dengan rekod sebelum ini memihak kepada Aaron-Wooi Yik, 4-2, tatkala tahun ini mereka hanya berdepan sesama sendiri sekali di suku akhir Terbuka India.

Bagaimanapun, aksi berkenaan memihak kepada Aaron-Wooi Yik selepas mencatat kemenangan 21-17, 21-11.

Berbeza dengan saingan beregu wanita apabila dua wakil negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien ditunjukkan jalan keluar selepas kalah dengan lawan masing-masing.

Anna-Mei Xing tumpas kepada pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 11-21, 18-21, manakala Vivian-Chiew Sien tumbang kepada pilihan kedua dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Ha 17-21, 14-21.

Loading...
Terkini