comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Hong Kong: Langkah Tang Jie-Ee Wei tersekat di separuh akhir

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Hasrat beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menuruti jejak pasangan wanita Pearly Tan-M Thinaah ke aksi final Terbuka Hong Kong 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada saingan separuh akhir di Hong Kong Coliseum, Kowloon, sebentar tadi.

Set pertama jelas memperlihatkan penguasaan pasangan China yang juga mendudukki ranking kedua dunia ketika beregu negara tercari-cari rentak.

Tang Jie-Ee Wei yang tampil selaku beregu nombor 9 dunia akur tewas 21-14 pada set pertama.

Set kedua lebih mendebarkan meskipun permulaannya menyaksikan beregu China satu ketika pantas mendahului 10-5.

Tang Jie-Ee Wei berjaya menampilkan kebangkitan menakjubkan apabila meraih enam mata berturut-turut  untuk mendahului 11-10.

Di sinilah menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata sehingga kedudukan terikat 19-19.

Tang Jie-Ee Wei dua kali berpeluang mengheret perlawanan ke set penentuan apabila mendahului 20-19 dan 21-20.

Namun nasib nyata tidak menyebelahi menyaksikan beregu China menamatkan set kedua 23-21 pada pertarungan yang berlanjutan 56 minit itu.

Pada aksi final esok bakal menyaksikan pertemuan sesama sendiri pemain China, apabila Jiang Zhen Bang – Wei Ya Xin sebelum itu mudah  menewaskan pasangan tuan rumah Tang Chun Man-Tse Ying Suet  21-12, 21-6.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini