comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Malaysia medan persiapan Gavin ke Paris

FOTO: Reuters

SERI KEMBANGAN: Saingan Golf Terbuka Malaysia yang membuka tirai saingan esok, sememangnya amat penting buat pemain negara Gavin Kyle Green sebagai medan persiapannya membawa cabaran Malaysia di Sukan Olimpik Paris.

Gavin menjadi pemain tunggal golf negara, kini berada di kedudukan ke-48 dalam senarai 60 pemain yang layak ke Paris 2024.

Ini kali ketiga Gavin beraksi di Sukan Olimpik selepas Olimpik Rio 2016 dan Olimpik Tokyo 2020.

Pada 2016 Gavin mendudukki tangga ke-47, empat tahun kemudian di Tokyo penampilannya agak merosot, di tangga ke-57.

“Dari segi persediaan, saya rasa sangat bagus, memang dalam landasan untuk ke Paris, saya harap permainan saya akan perlahan-lahan bertambah baik.

“Saya hanya ada baki lebih kurang lima bulan menuju ke Sukan Olimpik, akan cuba untuk memperkemaskan permainan saya, jadikan lebih baik minggu-minggu dan bulan-bulan seterusnya dan harap ia akan mencapai tahap terbaik di Olimpik nanti.” ujar Gavin.

Mengenai Kejohanan Golf Terbuka Malaysia yang bermula esok sehingga Ahad nanti, Gavin berazam untuk mencipta sejarah muncul juara pertama dalam kalangan pemain tempatan.

Berlangsung sehingga Ahad ini, kejohanan menawarkan wang tunai kesuluruhan RM1 juta ringgit di  Mines Resort and Golf Club.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini