comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Thailand: Dua beregu lelaki negara kandas di suku akhir

Haikal-Hon Jian tunduk di tangan Ming Che-Kai Wei pada aksi suku akhir Terbuka Thailand, hari ini. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perjuangan dua beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King di Terbuka Thailand berakhir selepas terkandas di suku akhir, hari ini.

Haikal-Hon Jian yang menduduki ranking ke-28 dunia dikejutkan dengan kekalahan di tangan pasangan ranking ke-80, Lu Ming Che-Tang Kai Wei dari Taiwan 18-21, 21-15, 18-21 pada aksi di Stadium Nimbibutr di Bangkok.

Ini adalah kali kedua mereka tersingkir di suku ahkhir sejak merangkul gelaran Masters Orleans di Perancis, Mac lalu.

Sementara itu, Wan Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-64 terpaksa akur apabila tewas di tangan pilihan pertama yang juga beregu nombor tiga dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Dalam perlawanan itu, Wan Arif-Roy King gagal untuk menyaingi kehebatan lawan terutama pada set pertama apabila tewas 7-21, 14-21.

Satwiksairaj-Chirag akan berdepan Ming Che-Kai Wei bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.

Satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertemuan pasangan China,

Chen Bo Yang-Liu Yi menentang beregu berpengalaman Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini