comscore
Tumpuan :
Sukan

Terengganu benam Kelantan United 3-0, naik tangga teratas Liga Super

Pemain Terengganu meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.- Foto NSTP.

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) naik tangga teratas Liga Super apabila menumpaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi.

Terengganu yang menguasai awal permainan, membuka jaringan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-36 yang disudahkan oleh Ismaheel Akinade.

Minit ke-45 separuh masa pertama dan kali ini menerusi gol oleh Nurillo Tukhtasinov, Terengganu menambah jaringan.

Bersambung babak kedua, kelemahan benteng Kelantan terus dihukum kali ini menerusi jaringan Manuel Ott pada minit ke-47.

Peluang terbaik Kelantan untuk sekurang-kurangnya pulang dengan gol sagu hati tidak kesampaian apabila rembatan Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin pada minit ke-50 terkena palang.

Menang 3-0, Terengganu mengumpul 7 mata daripada tiga perlawanan.

Kelantan kekal di tangga tercorot dan masih tanpa sebarang mata, juga daripada tiga perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini