comscore
Tumpuan :
Sukan

Terengganu jangkakan aksi sengit dengan KL City

Foto: Terengganu FC (Facebook)

Oleh: Hazreen Mubarak

KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain menegaskan pasukannya berdepan tugas sukar menjelang aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Cheras, malam esok.

Dia mengharapkan anak didiknya berikan aksi terbaik ketika menentang KL City FC di tempat lawan.

Menurut Nafuzi, 44, Bojan Hodak sudah pasti mempunyai strategi tersendiri bagi pertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

“Cabaran di suku akhir sudah pasti sengit apabila TFC berdepan juara bertahan iaitu KL City. Ini menjanjikan satu aksi sengit dengan mereka akan cuba pertahankan gelaran yang diraih.”

“Lebih-lebih lagi KL City kini dalam momentum terbaik apabila menjadi naib juara Piala AFC, bulan lalu.” katanya.

Ditanya mengenai kesebelasan utama skuad penyu nanti, Nafuzi memaklumkan kemungkinan dia menggunakan barisan pemain yang sama sebelum ini.

Namun dalam masa sama, pengendali kelahiran Kelantan ini menjelaskan ada sedikit perubahan dibahagian pertahanan apabila pemain taruhan, Shahrul Nizam Ros Hasni menerima kad merah ketika bertemu Sri Pahang FC, minggu lalu.

Loading...
Terkini