comscore
Tumpuan :
Sukan

TERJUN: Yakin Dhabitah terus mampu galas tugas sandaran negara – Mae Chen

Tangkap layar daripada laman sosial peribadi Nur Dhabitah yang berkongsi majlis pernikahannya. – FOTO: Nur Dhabitah Sabri/ Instagram

KUALA LUMPUR:  Renang Malaysia (MAS) yakin pernikahan penerjun negara Nur Dhabitah Sabri tidak akan menggugat prestasi dalam kariernya.

Setiausaha Agungnya Mae Chen tidak melihat ia sebagai satu masalah asalkan boleh menguruskan soal peribadi dan tanggungjawabnya selaku atlet negara.

“Jika atlet itu tahu untuk bahagikan masa antara pelajaran, kahwin dan berlatih saya rasa dia boleh berjaya. Cuba lihat seperti Syafiq Puteh yang sudah berkahwin.

“Selepas berkahwin, terjunan semakin padu dan tahap fokusnya juga meningkat malah markah terjunan juga naik. Kita tidak tahu apa yang bakal jadi.” katanya semalam ketika mengulas berita pernikahan penerjun negara itu.

Mohammad Aizat atau lebih dikenali sebagai Jiggy, 33 tahun mengesahkan sudah bernikah dengan Nur Dhabitah Jumaat lalu yang berlangsung di kediaman atlet negara itu.

Malah ia juga turut dikongsi penerjun berkenaan di laman sosial peribadinya.

Difahamkan ikatan pernikahan dibuat segera berikutan Nur Dhabitah perlu berangkat ke China untuk menjalani latihan.

Penerjun itu turut disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) sebagai salah seorang prospek memenangi pingat emas di temasya Olimpik tahun depan mahupun 2028.

“Mengenali Dhabitah saya rasa dia seorang yang pandai dalam membahagikan masa. Jadi sama-sama kita doakan yang terbaik buat dirinya,” tambah Mae Chen.

Loading...
Terkini