comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] TFC kesal insiden kekecohan di luar stadium

FOTO: Terengganu FC / Facebook

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) kesal dan mengecam sekeras-kerasnya insiden kekacauan yang berlaku di luar stadium selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC semalam.

Ia selepas insiden kekacauan yang dilakukan segelintir penyokong Terengganu FC ke atas bas pasukan pelawat semalam.

“Pihak pengurusan kelab ingin menzahirkan kekesalan serta mengecam tindakan yang dilakukan.

“Perkara ini dilihat telah turut sama mencalarkan imej kelab serta penyokong Terengganu yang sama-sama hadir dalam memberikan sokongan buat pasukan ini.

“Pihak kelab juga dengan ini ingin memohon maaf kepada pihak Selangor FC atas insiden yang telah berlaku,” katanya dipetik melalui Facebook hari ini.

TFC berharap diharapkan perkara itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Pada tahun ini tidak boleh dinafikan lagi para penyokong Terengganu telah menunjukkan komitmen serta disiplin yang sangat baik dalam memberikan sokongan, dan sesungguhnya segelintir yang telah melakukan kekacauan ini tidak mewakili serta menggambarkan imej  serta keperibadian keseluruhan penyokong pasukan ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghukum penyokong TFC yang terlibat dalam insiden malam tadi.

Loading...
Terkini