comscore
Tumpuan :
Sukan

Thailand rampas kedudukan nombor satu Asia Tenggara, Harimau Malaya kekal ketiga

Harimau Malaya pasukan ketiga terbaik Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR: Skuad Gajah Perang berjaya merampas kedudukan pasukan nombor satu Asia Tenggara daripada genggaman Vietnam  selepas mara ke Pusingan 16 terbaik apabila muncul naib juara Kumpulan F di belakang Arab Saudi pada saingan Piala Asia 2023.

Kejayaan mencatat satu kemenangan dan keputusan seri itu menyaksikan Thailand meraih tambahan 29.97 mata sekali gus melonjak 12 anak tangga untuk kini berada di ranking ke-101 dunia.

Vietnam jatuh ke tangga kedua, kehilangan 41.00 mata apabila tewas ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka jatuh 12 anak tangga dari kedudukan ke-94 kini di tangga ke-105 dunia.

Ia  turut menyebabkan Vietnam terkeluar daripada kelompok 100 pasukan ranking dunia buat kali pertama selepas lima tahun.

Harimau Malaya pula terus berada di kedudukan ketiga terbaik Asia Tenggara selepas berada di 132 dunia iaitu jatuh dua anak tangga berbanding ranking sebelum ini.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mengelak daripada jatuh ke ranking lebih teruk selepas berjaya membawa pulang satu dengan mengikat gergasi Asia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Kedudukan pasukan-pasukan Asia nggara yang lain pula adalah Filipina kini di ranking ke-139 manakala Indonesia di ranking ke-144,

Singapura di ranking ke-155 diikuti Myanmar di ranking ke-162, Kemboja di ranking ke-179, Laos di ranking ke-189, serta Brunei di ranking ke-194 dan terakhir Timor Leste di ranking ke-200 dunia.

Kemaskini Ranking Dunia oleh Fifa yang seterusnya dijadualkan pada 4 April 2024 dengan dua keputusan positif menentang Oman pada 21 dan 26 Mac mungkin akan membantu memperbaiki ranking Harimau Malaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini