comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiga wakil Malaysia pada aksi final Masters Kuala Lumpur 

FOTO: Badminton Association of Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Tiada masalah buat Leong Jun Hao mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur apabila menewaskan pemain Korea Selatan Choi Ji Hoon pada separuh akhir di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Jun Hao menepati status selaku pilihan kedua apabila menang dalam masa 38 minit.

Set pertama bagaimanapun agak sengit sebelum Jun Hao mengatasi Ji Hoon menang  21-17.

Penguasaan Jun Hao sukar lagi digugat pada set kedua.

Jun Hao pemain ranking ke-43 dunia itu mengesahkan tempat ke perlawanan akhir menamatkan set kedua 21-16.

Perlawanan akhir  esok dilihat pertemuan buku dengan ruas apabila Jun Hao berdepan pilihan pertama dari Taiwan, Lee Chia Hao.

Chia Hao mara ke final selepas menewaskan satu lagi perseorangan  negara Aidil Sholeh pada pertemuan separuh akhir.

Kejayaan Jun Hao bermakna Malaysia mempertaruhkan tiga wakil pada perlawanan akhir esok mengiringi  beregu campuran Chan Peng Soon / Cheah Yee See dan beregu lelaki Low Hang Yee / Ng Eng  Cheong.

Peng Soon dan Yee See akan menentang beregu Thailand, Teeraeratsakul Pakkapon / Muenwong Phataimas manakala Hang Yee / Eng Cheong berdepan gandingan Taiwan, Chen Cheng Kuan / Cheng  Sheng Fa.

Loading...
Terkini