comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiket Piala Dunia Qatar 2022 paling mahal

Foto: Reuters

Doha: Peminat bola sepak yang menyaksikan Piala Dunia di Qatar perlu membayar lebih 40 peratus untuk tiket perlawanan berbanding edisi 2018 di Rusia, dengan tiket final secara purata berharga 684 pounds (RM3,704).

Pada ketika peminat di Russia membayar 214 pounds (RM1,159) untuk satu tiket, tiket di Qatar 2022 berharga purata 286 pounds (RM1,549), menurut kajian Keller Sports.

Harga tiket di Qatar paling mahal untuk Piala Dunia dalam tempoh 20 tahun terakhir, dengan tiket final 59 peratus lebih mahal berbanding empat tahun lalu, menurut kajian syarikat berpangkalan di Munich itu.

“Piala Dunia di Qatar adalah Piala Dunia paling mahal dalam sejarah. Pembinaan enam stadium baharu dan penambahbaikan lengkap dua arena di negara itu dikatakan berharga sekitar AS$3 bilion (RM13.66 bilion),” kata laporan itu.

“Banyak lagi wang dibelanjakan untuk menambah infrastruktur di ibu negara Doha seperti laluan pengangkutan dan penambahbaikan lapangan terbang.

“Tidak mengejutkan apabila Piala Dunia di Qatar adalah Piala Dunia dengan tiket paling mahal secara purata.”

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) tidak menjawab permintaan untuk mengulas mengenai perkara itu.

Sebelum ini, FIFA menyatakan hampir tiga juta tiket dijual di lapan stadium di Qatar untuk kejohanan bermula 20 November hingga 18 Disember itu, yang juga Piala Dunia pertama di Timur Tengah.

Tiket Piala Dunia 2006 di Jerman dianggap paling mampu milik dalam tempoh 20 tahun terakhir, dengan harga purata 100 pounds (RM541) manakala aksi final berharga purata 221 pounds (RM1,196) bagi setiap tempat duduk. – REUTERS

Loading...
Terkini