comscore
Tumpuan :
Sukan

Timbalan Presiden, CEO KDN FC letak jawatan

Datuk Zamri Ismail (kiri) dan Wan Mohd Zul Ikman (kanan).

KOTA BHARU: Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) atau turut dikenali sebagai Kelantan United meletakkan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

KDN FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Presiden KDN FC, Datuk Zamri Ismail dan CEO, Wan Mohd Zul Ikman melepaskan jawatan masing-masing kerana ingin memberi tumpuan penuh pada urusan lain yang lebih utama.

“Peletakan jawatan mereka adalah demi kebaikan serta rasa tanggungjawab untuk menjaga kepentingan kelab, yang kini telah memulakan perjuangan dalam saingan Liga Malaysia untuk musim 2024/2025,” kata kenyataan itu.

KDN FC menyifatkan Zamri dan Wan Mohd Zul telah membawa banyak pembaharuan dalam kelab itu dan pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat bola sepak Kelantan.

KDN FC menzahirkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dua individu terbabit selama enam tahun bersama kelab, bermula daripada saingan Liga M3 sehingga KDN FC berada di Liga Super Malaysia.

Dalam dua aksi Liga Super setakat ini, KDN FC tewas kedua-duanya; kepada Sabah 2-3 dan sebelum itu kepada Pahang 0-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini