comscore
Tumpuan :
Sukan

Tindakan tegas menanti pemain melampaui batas – FAM

MELAKA: Susulan insiden pergaduhan yang berlaku di saingan Piala Belia, Ahad lalu.

Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), sekali lagi menegaskan tiada kompromi dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Stadium Hang Tuah, membabitkan aksi Melaka United dan Sri Pahang

Tegas Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman, surat pertuduhan sudah dikeluarkan kepada kedua-dua pasukan.

“Kita di FAM memandang serius perkara sebegini. Jadi laporan lengkap akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib untuk melihat langkah hukuman yang akan dikenakan. Saya harapkan kalau tindakan tegas yang (boleh) kita akan ambil memandangkan di peringkat Piala Belia tak sepatutnya berlaku macam ini (pergaduhan). Piala Belia sekurang-kurangnya medan melahirkan pemain yang berdisiplin, beradab dan sebagainya,” katanya

FAM menyifatkan tiada tempat bagi keganasan berterusan dalam bola sepak di negara ini dan jika dibiarkan akan melahirkan pemain yang tidak berdisiplin dan mudah meremehkan peraturan.

Menerusi rakaman video yang tular, insiden itu bermula dengan aksi tolak-menolak antara beberapa pemain di tepi padang yang kemudiannya menjadi medan pemain bertinju sesama mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini