comscore
Tumpuan :
Sukan

Tinggal empat wakil negara di Masters China

Vivian Hoo-Lim Chiew Sien  terkandas di pusingan pertama tewas kepada beregu Thailand  Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 16-21, 12-21. Foto Facebook BAM

PETALING JAYA: Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen yang memasukki pusingan kedua esok, kini hanya diteruskan dua pemain perseorangan lelaki dan wanita serta dua beregu lelaki.

Beregu wanita Vivian Hoo-Lim Chiew Sien juga gagal melepasi pusingan pertama sebentar tadi selepas tewas kepada pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 16-21, 12-21.

Bermakna cuma Lee Zii Jia dan perseorangan wanita Goh Jin We yang melepasi pusingan pertama daripada enam wakil negara yang beraksi hari ini.

Terdahulu dua beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai serta beregu wanita Pearly Tan – M Thinaah turut tersingkir pada pusingan pertama hari ini.

Manakala Ng Tze Yong dikalahkan Zii Jia.

Dua lagi wakil negara yang meneruskan cabaran ke pusingan kedua, beregu lelaki Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong – Tee Kai Wun.

Loading...
Terkini