comscore
Tumpuan :
Sukan

TMJ bertemu Luis Figo

Tunku Mahkota Ismail (kiri) berbincang dengan Figo. FOTO: Johor Southern Tigers / Facebook

KUALA LUMPUR: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim terus merencanakan sesuatu yang besar pada masa akan datang untuk pasukannya apabila meluangkan masa bertemu legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.

JDT dalam satu kenyataan di laman sosial mereka berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembangunan bola sepak dengan Figo yang kini merupakan penasihat bola sepak dan duta Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Tunku Mahkota Ismail (kiri) berbincang dengan Figo. FOTO: Johor Southern Tigers / Facebook

“DYAM Pemangku Sultan Johor dan Figo turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan dan pembangunan bola sepak.

“Baginda menjemput Figo ke Johor Bahru untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada bola sepak di Johor dan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di Alicente, Sepanyol bagi menjalani aksi pramusim sejak 14 April lalu.

JDT mempamerkan prestasi amat memberangsangkan selepas menundukkan dua lawan iaitu Real Murcia dan La Nucia masing-masing dengan keputusan 3-0 dan 3-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini