comscore
Tumpuan :
Sukan

Tumpuan Faisal Halim tidak terjejas, komited mahu jaringkan gol buat Harimau Malaya

Pemain Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim (kiri) ketika aksi menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim.


JOHOR BAHRU – Penyerang kebangsaan, Faisal Halim tidak terkesan dengan kegagalannya untuk menjaringkan golnpada pertemuan Malaysia menentang Turkmenistan semalam.

Sebaliknya dia lebih bersemangat untuk terus membantu skuad Harimau Malaya untuk merakam satu lagi kemenangan menentang Hong Kong selasa nanti.

“Belum ada rezeki nak buat macam mana, saya sudah beri yang terbaik pada aksi itu tapi apa yang penting adalah pasukan kita menang. Alhamdullilah saya amat bersyukur walaupun menang tipis dan tak kisah siapa yang jaringkan gol.

“Ada juga sedikit tekanan kerana masih kemarau gol sejak saingan Liga Super bermula ini, Tapi permainan saya masih di tahap memuaskan dan akan bekerja keras lagi kerana masih ada ruang yang boleh diperbaiki dan saya tidak boleh terlalu selesa di tahap sekarang,” katanya.

Sejak berhijrah ke Selangor FC dari Terengganu FC musim ini, memang Faisal masih belum berjaya untuk mencetak nama selaku penjaring bagi pasukan baharunya selepas mengharungi lima perlawanan.

Namun, ia sama sekali tidak menjejaskan keinginannya untuk memberikan yang terbaik, terutamanya apabila menyarung jersi kebangsaan.

“Sudah tentu saya tidak menganggap kemarau gol ini sebagai masalah yang mengganggu fokus saya. Dalam bola sepak ini, pemain penyerang pun belum tentu boleh jaringkan gol.

“Ini hanya menjadikan saya lebih berkobar-kobar memburu gol, mungkin rezeki saya akan muncul nanti, saya hanya inginkan satu gol sahaja untuk mendapat sentuhan dan meledak gol seterusnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Faisal jelas cukip teruja dengan penyertaan pemain-pemain dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tugasan kali ini.

Dia melihat tahap permainan pasukan secara keseluruhannya berada pada tahap lebih tinggi berbanding ketika beraksi pada kempen Piala AFF yang lalu.

“Saya merasa syukur berada dalam senarai yang dipilih ketua jurulatih untuk menjalani latihan di pusat latihan JDT. Kami berpeluang merasa berlatih di padang latihan yang baik dan bermain di stadium yang baik, sudah tentu benda seperti ini membantu untuk beraksi lebih baik.

“Apapun, kita masih ada satu lagi tugas sukar berdepan Hong Kong nanti yang menuntut semua pemain memberikan komitmen tinggi, kejayaan malam ini tidak bermakna kemenangan sudah berada dalam tangan ketika berdepan Hong Kong kerana cabaran setiap perlawanan adalah berbeza,” ujar Faisal.

Loading...
Terkini