Tumpuan :
Sukan

Tunku Mahkota Ismail bincang projek Harimau Malaya dengan Infantino

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, semalam. FOTO: HRH CROWN PRINCE OF JOHOR / Facebook

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, semalam.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, pertemuan itu bagi memberikan taklimat berhubung projek berkaitan skuad kebangsaan.

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” menurut hantaran itu. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini