LONDON: Jeff Fenech menjangkakan pertarungan di antara Jake Paul dan Mike Tyson mungkin berakhir dalam masa 60 saat.
Bekas jurulatih Tyson itu percaya legenda berusia 58 tahun berkenaan akan mengalahkan Paul yang 31 tahun lebih muda daripadanya.
YouTuber yang kini menjadi petinju itu sepatutnya bertarung dengan Kid Dynamite pada 20 Julai, tetapi pasangan itu kini akan membuat perhitungan di gelanggang pada 15 November.
Tyson terpaksa menangguhkan pertarungan itu akibat masalah kesihatan ketika dalam penerbangan akibat serangan ulser.
Fenech yang melatih bekas juara dunia itu ketika tewas kepada Danny Williams dan Kevin McBride pada tahun 2004 dan 2005 berkata, dia tidak meragui kemampuan Tyson.
“Saya tidak ragu. Mike akan mengambil pendekatan yang tenang dan tidak cuba untuk memukul pada masa yang sama (dia akan menang).
“Jika dia membuat Jake terlepas, Mike akan menumbangkannya dalam beberapa pusingan, itu sudah tentu seratus peratus.
“Saya bercakap dengan Mike. Saya beritahunya apa yang saya rasa. Mudah-mudahan, dia akan mendengar saya. Kami sudah berkata perkara yang sama.
“Jika dia melakukan apa yang dia katakan, maka saya tidak ragu dia akan menumbangkannya. Dia tidak akan menghadapi masalah.”
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.