comscore
Tumpuan :
Sukan

Tze Yong cedera, Singapura dahului Malaysia

Tze Yong terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika menentang Jason Teh pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia sebentar tadi. – FOTO: Ihsan BAM

SHAH ALAM: Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Singapura selepas perseorangan utama Ng Tze Yong menarik diri menentang Jason Teh pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Pusat Konvensyen Setia City, di sini sebentar tadi.

Difahamkan kecederaan melanda Tze Yong ketika perlawanan baru berlangsung tiga minit pada kedudukan Tze Yong ketinggalan 1-3.

Ketika ini berlangsung perlawanan beregu pertama, Aaron Chia -Soh Wooi Yik menentang Loh Kean Hean – Jia Hao Howin.

Beregu negara menang 21-11 pada set pertama.

Pada pertemuan menentang Singapura hari ini, Malaysia tidak menyenaraikan Lee Zii Jia,

Perseorangan kedua Malaysia digalas Leong Jun Hao manakala Eogene Ewe tampil selaku perseorangan ketiga.

Beregu kedua pula diisi Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.

Perkembangan terkini pertemuan Malaysia – Singapura akan menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini