comscore
Tumpuan :
Sukan

Undian AIS makin ‘kencang’

Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR: Undian pusingan pertama Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro bakal mengakhiri penghujungnya malam esok selepas dibuka sejak bulan lalu.

Daripada 20 calon disenaraikan dalam setiap kategori, peminat dan pembaca diberi peluang memilih lima calon terbaik bagi meneruskan undian pusingan kedua yang akan dibuka pada 5 Disember ini sehingga 25 Disember.

Berdasarkan jumlah undian terkini, hampir 300,000 undian sudah diterima menerusi pelbagai platform undian sama ada melalui laman sosial mahupun secara langganan akhbar digital Harian Metro atau keratan akhbar.

Undian pusingan peringkat kedua selepas ini akan membabitkan undian untuk calon lima terbaik AIS bagi setiap kategori.

Proses akhir pemilihan pemenang bagi setiap kategori berdasarkan 50 peratus penilaian juri profesional, dan 50 peratus lagi daripada undian pilihan peminat.

Ketika ini, boleh dikatakan undian untuk memilih lima atlet atau individu terbaik setiap kategori masih rancak dengan masing-masing masih lagi berpotensi disenarai pendek untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Facebook dan Instagram menerima undian belasan ribu setiap hari dengan harapan supaya ikon kesayangan mereka tercalon sebagai ‘top 5’ kelak.

Orang ramai boleh mengundi menerusi platform disediakan antaranya undian di Facebook Gardenia adalah dengan klik butang ‘Like Facebook Gardenia’ dan pilih kategori dan ikon sukan pilihan anda dan klik ‘LIKE HALAMAN FACEBOOK’ seterusnya, tekan butang ‘Like’ Facebook Gardenia menggunakan Facebook anda.

Selain melalui laman sosial Facebook, peminat juga boleh Follow Instagram Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Peminat sukan yang ingin mengundi ikon sukan kegemaran masing-masing untuk Anugerah Ikon Sukan juga boleh berbuat demikian dengan pilihan melanggan akhbar digital Harian Metro.

Malah, orang ramai juga boleh dapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau boleh mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS . – HARIAN METRO

Loading...
Terkini