comscore
Tumpuan :
Sukan

United bangkit singkir Villa

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes (tengah) meraikan gol penyamaan jaringan Anthony Martial ketika aksi pusingan ketiga Piala Liga menentang Aston Villa di Old Trafford. – FOTO: REUTERS

MANCHESTER: Bruno Fernandes membawa Manchester United ke pusingan 16 terakhir Piala Liga apabila pemain tengah Portugal itu menghukum kesilapan penjaga gol Aston Villa, Robin Olsen untuk kemenangan 4-2.

Skuad kendalian Erik ten Hag di ambang kekalahan kedua minggu ini kepada Villa selepas ketinggalan dua kali dalam pertemuan pusingan ketiga di Old Trafford itu.

Tewas 3-1 di tangan Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu, United sekali lagi ketinggalan apabila Ollie Watkins membuka jaringan pada babak kedua.

Anthony Martial menyamakan kedudukan tetapi gol sendiri Diogo Dalot kembali meletakkan Villa di depan pada perlawanan kedua mereka di bawah bimbingan Unai Emery.

Marcus Rashford menjaringkan gol penyamaan kedua United dan Fernandes meletakkan mereka di depan selepas hantaran Olsen tersasar, dan Scott McTominay memastikan kemenangan United dalam masa kecederaan.

“Gembira dengan semangat juang ditunjukkan. Itu yang kami perlu dan ditunjukkan dalam setiap perlawanan.

“Saya sangat kecewa dan berang Ahad lalu kerana kami tidak melawan. Separuh masa kami tidak pernah sama.

“Malam ini kami mengawal permainan di babak pertama tetapi kemudian melakukan kesilapan, jadi kami terlepas banyak peluang.

“Kami di landasan yang betul tetapi perjalanan masih jauh,” kata Ten Hag.

Piala Liga adalah trofi domestik terakhir dimenangi United sejak tahun 2017 dan Ten Hag berharap dapat menamatkan kemarau itu tahun ini. – AFP / BERITA HARIAN

Loading...
Terkini