comscore
Tumpuan :
Sukan

United kembali catat kemenangan

De Ligt meraikan jaringan pertamanya buat United dalam kemenangan 3-0 ke atas Southampton. – FOTO: Reuters

SOUTHAMPTON: Selepas dua kekalahan berturut-turut, Manchester United kembali mencatat kemenangan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menewaskan Southampton 3-0 di arena lawan sebentar tadi.

Pemain baharu, Matthijs de Ligt menjaringkan gol pertamanya buat United pada minit ke-35, seminit selepas penjaga gol United, Andre Onana, menyelamatkan penalti lemah Cameron Archer.

Marcus Rashford pula menamatkan kemarau jaringannya sejak Mac lalu apabila menjadikan kedudukan 2-0 empat minit sebelum berakhir babak pertama.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-79 apabila pertahanan Jack Stephens dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas pemain Argentina Alejandro Garnacho.

Garancho melengkapkan kemenangan 3-0 United  apabila meledak gol pada lewat permainan.

Kemenangan itu  jelas memberi kelegaan buat Ten Hag yang sebelum ini dikritik hebat susulan prestasi hambar anak buahnya dalam awal saingan musim ini.

Kemenangan ini menyaksikan United melonjak ke tangga ke-8 manakala Southampton terus gagal meraih mata selepas tewas buat kali keempat berturut-turut. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini