comscore
Tumpuan :
Sukan

Usain Bolt retak tumit selepas main bola untuk perlawanan amal

Usain Bolt mendedahkan mengenai kecederaan dialaminya dalam laman Instagram. – FOTO: Usain Bolt / Instagram

LONDON: Pelari terpantas dunia, Usain Bolt mendedahkan tumitnya retak selepas mengalami kecederaan ngeri di Stamford Bridge.

Bolt diusung keluar selepas membintangi pasukan Pilihan Dunia menentang England pada perlawanan persahabatan Soccer Aid – yang meraih lebih £100 juta (RM600 juta) kepada Unicef tahun ini.

Bolt, 37, beraksi di pertahanan tengah sesudah bermula di jentera serangan.

Apabila Jermain Defoe menggelecek bola melepasi rakan sepasukannya, Bolt cuba untuk menghalang.

Jaguh pecut itu – yang menyarung jersi dengan nombor 9.58 di belakangnya – kelihatan terseliuh buku lalinya dengan kasut butnya tersekat di rumput dan serta-merta jatuh.

Ia membolehkan Defoe mudah melepasinya dengan bekas penyerang England itu merembat kencang melepasi Tony Bellew untuk menjadikan kedudukan 4-2.

Ketika pemain England meraikan jaringan, Bolt kekal terbaring di padang.

Dia kemudiannya mendapat perhatian pasukan perubatan yang pantas membawanya keluar menggunakan pengusung sebelum kakinya dibalut.

Pelari pecut dari Jamaica yang sudah bersara, Usain Bolt diusung keluar selepas cedera ketika perlawanan amal Soccer Aid di Stamford Bridge, London. – FOTO: Agensi

Menggunakan media sosial selepas perlawanan itu, Bolt berkata dia mengalami keretakan di tumit dengan berkongsi gambar kaki kanannya dibalut sambil memegang tongkat.

Dia menulis: “Retak tumit tetapi sudah selesai, saya seorang pahlawan.”

Terdahulu Bolt melakukan umpanan mengagumkan buat Alessandro Piero menyamakan kedudukan 2-2.

England akhirnya menang perlawanan Soccer Aid – menamatkan rentetan lima kali kalah apabila pasukan dikendalikan bersama Frank Lampard dan Harry Redknapp menang 6-3 di Stamford Bridge. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini