comscore
Tumpuan :
Nasional

VSN 2030 Nafas Baharu Sukan Negara – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob diiringi Ahmad Faizal beramah mesra dengan orang ramai ketika majlis perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2022 di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA: Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) yang dilancarkan hari ini membawa hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara yang dipetakan secara komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata melaluinya arena sukan negara mendapat nafas baharu dengan konsep ‘Daripada Komuniti Kepada Komuniti’ yang membabitkan seluruh Keluarga Malaysia bagi merencana strategi sukan negara untuk sedekad mendatang.

Beliau berkata, VSN2030 yang dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga akan meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan yang ampuh dalam masyarakat.

“Ia juga bakal melahirkan jaguh-jaguh berkelas dunia dan menjadi dokumen rasmi kerajaan dalam pembangunan sukan tanah air,” katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2022 di Dataran Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini