comscore
Tumpuan :
Sukan

Wakil Eropah kuasai saingan suku akhir

FOTO: MHC/ Facrbook

PETALING JAYA: Saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja makin rancak apabila bermulanya aksi suku akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil esok.

Penguasaan wakil Eropah jelas menyaksikan separuh daripada lapan pasukan yang berentap esok adalah dari benua itu.

Pasukan itu ialah Belanda, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Manakala cabaran Asia akan diteruskan India dan Pakistan selain juara bertahan Argentina dan wakil Oceania Australia.

Memulakan perlawanan jam sembilan pagi esok, Argentina menentang Jerman diikuti pertemuan Belanda – India jam  11.15 pagi.

Peluang buat Jerman menebus kekalahan di tangan Argentina pada perlawanan akhir 2021 Bhubaneswar, India yang menyaksikan Jerman tewas 2-4.

Dua lagi perlawanan berlangsung di sebelah petang, Perancis berdepan Australia pada pukul  3,45 petang dan Sepanyol bertemu Pakistan jam enam petang.

Loading...
Terkini