Tumpuan :
Sukan

Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron-Wooi Yik untuk ke final Masters Indonesia

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kain Wun mara ke final Masters Indonesia hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pentas final Masters Indonesia 2025 selepas mengejutkan rakan senegara yang juga bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta itu, Wei Chong-Kai Wun yang berada di ranking ke-13 dunia menang 21-18, 21-15 dalam tempoh 31 minit.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Wei Chong-Kai Wun pada tahun ini adalah separuh akhir Terbuka Malaysia sebelum tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka India.

Namun bagi Aaron- Wooi Yik yang terkandas pada saingan separuh akhir dalam dua kejohanan berturut-turut pastinya lebih memeritkan.

Ini menyaksikan beregu di ranking kelima dunia itu terus kempunan untuk memburu gelaran pertama tahun ini.

Menanti Wei Chong-Kai Wun di final esok adalah pemenang antara gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang ketika ini sedang menentang pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini