
KUALA LUMPUR: Ranking beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun naik satu anak tangga kepada kedudukan ke-12 dunia susulan kejayaan menjuarai Masters Indonesia 2025, Ahad lalu.
Berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Wei Chong-Kai Wun mengumpul 65,490 mata.
Pasangan pilihan keenam itu mencetuskan sensasi di Istora Senayan, Jakarta apabila mengejutkan gandingan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 21-19 hanya dalam tempoh 38 minit sekali gus meraih kejuaraan pertama mereka tahun ini.
Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah kembali menghuni ranking kelima dunia selepas muncul naib juara di kejohanan sama.
Namun ranking kali ini tidak mencatatkan perubahan buat pemain utama badminton kebangsaan yang lain.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.