Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
VANTAA: Beregu lelaki Man Wei Chong/ Tee Kai Wun menempah tempat di pusingan kedua Terbuka Finland selepas menewaskan wakil Indonesia hari ini.
Pemain kebangsaan itu pada mulanya dikejutkan Leo Rolly Carnando/ Bagas Maulana dengan kekalahan 17-21 di set pertama.
Wei Chong/ Kai Wun kemudian lega dapat mengheret perlawanan ke set ketiga hasil aksi keputusan sengit 21-18 selepas itu.
Carnando/ Maulanan terus gagal memberi cabaran bermakna membolehkan wakil negara melengkapkan kebangkitan dengan keputusan 21-12.
Kemenangan dalam tempoh sejam di Energia Areena menyaksikan mereka menanti sama ada Alexander Dunn/ Adam Pringle dari Scotland atau wakil Jerman Daniel Hess/ Marvin Seidel selepas ini.
Satu lagi gandingan negara, Yap Roy King/ Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi tewas 17-21, 19-21 kepada Lin Bing Wei/ Su Ching Heng dari Taiwan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.