comscore
Tumpuan :
Sukan

Xavi Salahkan Diri Sendiri Selepas Barca Tunduk Kepada Real

MADRID : “Saya tidak menyalahkan pemain. Itu tanggungjawab saya. Saya tidak akan melakukannya dan tidak akan membenarkannya (menyalahkan pemain). Saya yang mengendalikan pasukan disini. Salah saya juga kerana tidak mampu menjelaskan apa yang sepatutnya kami perlu lakukan,” luah Xavi di sidang media selepas perlawanan.

Itulah reaksi jurulatih Barcelona Xavi Hernandez selepas melihat pasukannya tewas 1-3 di tangan Real Madrid dalam pertarungan Klasiko La Liga.

Karim Benzema dan Federico Velverde masing-masing menyumbang satu gol menerusi minit ke-12 dan 35 untuk meletakkan tuan rumah dihadapan di Estadio Santiago Bernabeu pada separuh masa.

Pemain gantian pelawat Ferran Torres cuba menyalakan kebangkitan dari gol 7 minit sebelum aksi tamat.

Namun usaha Barca lebur selepas Real Madrid dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan sebelum disempurnakan Rodrygo yang memastikan pasukannya ceria memungut kejayaan sulung Klasiko musim ini.

Kemenangan ke-8 itu mengekalkan rekod tanpa kalah Los Blancos kepada 9 perlawanan setakat ini selain mengumpul 25 mata sebagai pendahulu.

Sebaliknya pula terjadi buat lawan yang mengalami kekalahan pertama musim ini menyebabkan mereka dipisahkan 3 mata di tangga kedua selain diekori Atletico Madrid di tempat ketiga bersama 19 mata. – AP

Loading...
Terkini