comscore
Tumpuan :
Sukan

Yaman tarik diri, Harimau Malaya akan menentang Papua New Guinea

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mempunyai tugas memastikan dua kemenangan menjadi milik Malaysia Jun ini. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat pertukaran saat akhir apabila mengumumkan Papua New Guinea akan menjadi lawan skuad Harimau Malaya selepas Yaman menarik diri daripada berdepan pasukan negara.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas Yaman menarik diri daripada bertemu Malaysia pada 20 Jun ini.

Jelasnya, faktor besar ialah ketiadaan pemain utama selepas mereka menyertai skuad Bawah 23(B-23) negara itu.

“Ingin memaklumkan bahawa Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di antara skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon menentang Yaman yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun 2023 terpaksa dibatalkan.

“Ia selepas FAM menerima surat makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) pada jam 5.00 petang semalam (Selasa, 30 Mei 2023) yang menyatakan hasrat membatalkan perlawanan tersebut atas alasan ketiadaan pemain utamanya kerana menyertai skuad B-23 negara berkenaan ke West Asian Championship di Iraq.

“Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA ini sekali gus memaksa FAM perlu mencari segera pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini.

“Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad Harimau Malaya pada 20 Jun nanti,” katanya.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon bagi satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 14 Jun, seterusnya Papua New Guinea 20 Jun.

Yaman berada di kedudukan ranking ke-157 dunia manakala Papua New Guinea ke-159 dunia, berbanding Malaysia di tangga ke-138 dunia.

Loading...
Terkini