comscore
Tumpuan :
Sukan

Yew Sin-Ee Yi wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka Australia

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bangkit tewaskan pasangan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong pada aksi separuh akhir di Terbuka Australia. FOTO : BAM / Facebook

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melangkah ke pentas akhir Terbuka Australia selepas menundukkan gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Sports Centre, Sydney, pilihan keenam itu terpaksa bekerja keras sebelum menang dengan keputusan 14-21, 21-17, 21-18.

Kejayaan itu menyaksikan Yew Sin dan Ee Yi akan merebut kejuaraan menentang satu lagi pasangan China yang turun selaku pilihan kelapan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Xi.

Yu Chen-Xuan Xi mara ke pentas final selepas menundukkan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 12-21, 23-21, 24-22 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Yew Sin dan Ee Yi pastinya memburu kejuaraan di Terbuka Australia sebagai suntikan semangat menjelang Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand dari 7 hingga 11 Disember depan.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong kandas di separuh akhir Terbuka Australia selepas tumpas kepada bintang meningkat naik dari China, Lu Guang Zu dengan keputusan 18-21, 15-21.

Loading...
Terkini