comscore
Tumpuan :
Sukan

Yiwen mara ke Kejohanan Skuasy Dunia

YI Wen (kanan) bersama pemain Jepun, Ryunosuke Tsukue selepas masing-masing mara ke Kejohanan Skuasy Dunia. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mara ke Kejohanan Skuasy Dunia bulan depan selepas menjuarai saingan kelayakan zon Asia di Pusat Tenis Negara di sini petang tadi.

Pada pelawanan akhir Yiwen mengalahkan rakan senegara  Sehveetrra Kumar menerusi kemenangan straight set 11-6, 11-3, 11-3 dalam tempoh 24 minit.

“Saya sangat lega kerana dapat mengawal tekanan kerana hanya ada satu slot dari zon asia dan saya memang mahu menyertai rakan sepelatih saya yang telah melayakkan diri lebih awal, ia juga kerana tahun lalu, saya terlepas tiket ini hanya selangkah saja lagi, jadi saya cukup laparkan kemenangan tahun ini dan saya sangat mahukan kemenangan ini, ” kata Yiwen.

Bagaimanapun, harapan untuk mendapatkan tiket kedua menerusi perseorangan lelaki Addeen Idrakie Bahtiar tidak kesampaian selepas dia tewas kepada pilihan utama, Ryunosuke Tsukue dari Jepun.

Addeen tewas 9-11, 8-11, 3-11.

Selain Yiwen, enam pemain negara turut melayakkan diri ke Kejohanan Dunia bulan depan.

Mereka ialah Ng Eain Yow, S. Sivasangari dan dua beradik Aira dan Aifa Azman

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini