comscore
Tumpuan :
Sukan

Young Tigers elak tempat tercorot

FOTO: MHC/ Facebook

JOHOR BAHRU: Malaysia dalam misi mengelak tempat tercorot menentang Afrika Selatan pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya yang berlangsung petang ini.

Ketua jurulatih skuad Young Tigers Muhamad Amin Rahim berkata setiap pemain perlu kekal fokus dan mengikut perancangan untuk memastikan Malaysia tidak berada di tempat terakhir selepas  mengalami kekalahan dalam kesemua empat perlawanan.

Pada pertemuan tempat kelima hingga kelapan semalam, skuad remaja negara tewas 4-7 kepada Great Britain.

“Kita sudah buat perancangan terbaik untuk perlawanan itu,  cuma ada beberapa keadaan pemain kita tidak mengikut apa dirancang…kalau kita lihat pasukan Great Britain menjaringkan banyak gol padang.” ulas  Muhamad Amin sejurus kekalahan semalam.

Tegas Muhamad Amin, keadaan ini akan dibetulkan terutama dari aspek pertahanan menjelang persediaan menghadapi saingan Piala Remaja Dunia 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bulan depan.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A,  bersama juara bertahan Argentina, Australia dan Chile dengan sasaran awal mara ke suku akhir.

Ini  kali kedua Malaysia diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah selepas 1982, yang menyaksikan negara menamatkan saingan di tempat keempat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini