comscore
Tumpuan :
Sukan

Zaidatul padam rekod 31 tahun 100m milik G Shanti

Zaidatul catat masa 11.49 saat. -FOTO: Kesatuan Olahraga Malaysia

KUALA LUMPUR: Rekod kebangsaan bagi acara 100 meter (m) wanita milik G Shanti yang berusia 31 tahun akhirnya lebur di tangan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.

Zaidatul atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adik, mencatatkan masa 11.49 saat (s) di Terbuka Perlis memadam rekod G Shanti, 11.50s yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Pingat perak dimenangi oleh Nur Afrina Batrisyia Rizal dengan catatan 11.91s diikuti Azreen Nabila Alias ketiga, 12s.

Kejayaan itu pastinya memberi petanda positif buat arena olahraga negara yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Thailand tahun depan.

Bagi jurulatih Husniah, Mohd Poad Md Kassim berkata, tidak apa yang mampu diucapkan ketika ini selain daripada ‘Alhamdulillah’.

Usaha kerasnya selama ini untuk menghasilkan pelari terbaik Malaysia akhirnya terlaksana ketika laporan mengatakan bahawa kontrak Poad tidak akan disambung.

Untuk rekod, Husniah sebelum ini pernah mengatasi rekod G Shanti pada 2017 menerusi catatan 11.36s, namun atas alasan bantuan angin, catatan itu tidak diiktiraf.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini