comscore
Tumpuan :
Sukan

Zhafri perlu restu KL City

Zhafri (kanan) bersama Nik Nazmi pada program klinik bola sepak Setiawangsa Rangers. FOTO: Setiawangsa Rangers FC

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Zhafri Yahya sedia menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF bulan depan.

Begitupun, ia bergantung kepada ‘restu’ daripada KL City memandangkan aksi Piala AFF bakal berlangsung di luar jendela aksi persahabatan sekaligus kelab mempunyai hak untuk tidak melepaskan pemain.

“Saya sedia untuk bermain (skuad Harimau Malaya) tetapi bergantung kepada pengurusan pasukan (KL City). Mungkin pengurusan ada pandangan tersendiri kerana kami dah bermain banyak perlawanan sepanjang tahun.

“Tapi saya perlu hormati kontrak dengan kelab, kerana kontrak saya hingga tahun hujung depan. Jadi kena tanya pengurusan untuk dapatkan maklumat,” katanya ketika ditemui pada program klinik bola sepak Setiawangsa Rangers, di sini, semalam.

Turut hadir pada program itu ialah Penaung Setiawangsa Rangers, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga individu bertanggungjawab merasmikan klinik itu.

Sebelum ini Zafri pernah dipanggil bersama skuad kendalian Kim Pan-gon dalam aksi Piala Raja-Raja Thai September lalu, namun hanya mengisi bangku simpanan pasukan sahaja.

Dalam pada itu, pemain berusia 28 tahun itu mengakui musim ini cukup bermakna apabila berjaya membantu skuad The City Boys muncul naib juara Piala AFC.

“Bagi saya, momen yang terbaik pada tahun ini adalah kita melayakkan diri ke final Piala AFC. Bagi saya itu amat susah untuk dicapai.

“Tidak semua kelab akan dapat perkara itu. Jadi, itu adalah satu benda yang sangat bermakna untuk diri saya. Satu pengalaman yang baik, berlawan dengan kelab-kelab yang baik di Asia,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini