comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia kembali perkuatkan skuad kebangsaan lawan Jepun

Zii Jia tampil selaku perseorangan pertama  berdepan Kenta Nishimoto pada separuh akhir BATC di Shah Alam petang ini. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Selepas direhatkan pada pertemuan suku akhir menentang Singapura semalam, Lee Zii Jia kembali mengetuai skuad negara menentang Jepun di separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam petang ini.

Tugas Zii Jia selaku perseorangan pertama semalam digalas Ng Tze Yong, namun Tze Yong menarik diri pada awal set pertama akibat kecederaan pada perlawanan yang dimenangi Malaysia 3-1 itu.

Tanpa Tze Yong, Leong Jun Hao akan tampil selaku perseorangan kedua, manakala Eogene Ewe Eon sebagai perseorangan ketiga.

Skuad kebangsaan mengekalkan dua beregu yang beraksi menentang Singapura semalam, Aaron Chia – Soh Wooi Yik selaku beregu utama dan Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani, beregu kedua.

Malaysia mengharapkan sekurang-kurangnya  satu mata daripada acara  perseorangan untuk memecah barisan perseorangan Jepun yang dilihat lebih mantap.

Barisan skuad negara menentang Jepun di separuh akhir BATC petang ini. – Sumber: BAM

Jepun turut mengekalkan sebahagian besar pemain yang menundukkan juara Piala Thomas India 3-2 pada aksi suku akhir semalam, bermakna Kenta Nishimoto tampil selaku perseorangan utama diikuti Koki Watanabe dan Kento Mamota.

Cuma perubahan barisan beregu, Akira Koga-Taichi Saito selaku pasangan pertama menggantikan Kenya Mitsuhashi -Hiroki Okamura

Koga semalam bergandingan bersama Kazuki Shibata sebagai beregu kedua dan petang ini Mitsuhashi – Okamura pula bertindak selaku pasangan kedua.

Satu lagi separuh akhir yang bermula jam empat petang ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pertemuan China menentang Korea.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini