comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia lepasi ‘badi’ kandas pusingan awal

Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka India, bertemu pemain Jepun esok. FOTO: BAM / Facebook

NEW DELHI: Selepas terkandas awal pada beberapa siri saingan antarabangsa, antaranya Terbuka Malaysia minggu lalu,  Lee Zii Jia menarik nafas lega apabila layak  ke suku akhir Badminton Terbuka India sebentar tadi.

Pada aksi pusingan kedua, Zii Jia memastikan kemaraan apabila mudah menewaskan pilihan ke-5 dari Indonesia, Jonatan Christie.

Set pertama jelas memperlihatkan penguasaan Zii Jia apabila menang 21-15.

Momentum serangan berterusan yang ditampilkan Zii Jia terus menyukarkan Jonatan memasukki set kedua.

Selepas 46 minit berada di gelanggang Zii Jia memastikan laluan ke suku akhir menamatkan cabaran Jonatan  21-13.

Suku akhir esok, Zii Jia akan berdepan pemain Jepun, sama ada Takuma Obayashi atau pilihan kedua, Kodai Naraoka yang bertemu sesama sendiri pada pusingan kedua malam ini.

Loading...
Terkini