comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia raih mata pertama Malaysia

FOTO: Ihsan BAM

SHAH ALAM: Lee Zii Jia menyemarakkan semangat rakan sepasukan apabila meraih mata pertama negara pada aksi separuh akhir menentang Jepun pada  Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, sebentar tadi.

Zii Jia yang kembali selaku perseorangan pertama selepas direhatkan pada suku akhir menentang Singapura semalam, mengalahkah Kenta Nishimoto.

Sengit pada set pertama sebelum mengatasi pemain nombor 12 dunia itu dengan kemenangan 21-18, set kedua jelas memperlihatkan penguasaan Zii Jia.

Zii Jia yang mendudukki ranking ke-10 dunia, mudah menamatkan set kedua 21-15 pada pertarungan yang memakan masa 51 minit itu.

Berlangsung sekarang acara beregu pertama, Aaron Chia – Soh Wooi Yik menentang Akira Koga – Taichi Saito.

Laporan selanjutnya akan menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini