comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia Terlepas Gelaran Juara Terbuka Denmark

FOTO: BAM

Oleh Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terlepas gelaran sulung di Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas tunduk kepada pemain yang baharu tamat daripada penggantungan selama 10 bulan oleh Persatuan Badminton China, Shi Yu Qi.

Zii Jia yang turun selaku pilihan keempat kejohanan tewas dengan keputusan 18-21, 21-16, 12-21 di pentas final yang mengambil masa selama 1 jam 04 minit.

Kekalahan itu menyaksikan kemarau kejuaraan pemain berusia 24 tahun berkenaan terus berpanjangan selepas kali terakhir memenangi Super 500 Terbuka Thailand, Mei lalu.

Apapun pujian tetap wajar diberikan kepada pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu setelah bangkit daripada prestasi hambar di Kejuaraan Dunia dan Terbuka Jepun sebelum ini.

Zii Jia akan meneruskan cabaran di Eropah dengan Terbuka Perancis akan menyusul bermula Selasa ini.

Loading...
Terkini