comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia tersingkir awal

FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Perseorangan utama negara Lee Zii Jia sekali lagi menampilkan aksi mengecewakan, kali ini tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Peranchis.

Zii Jia yang tampil selaku pemain nombor 10 dunia tewas kepada lawan dari Denmark, Magnus Johannesen.

Johannesen yang berada di ranking ke-33 dunia mencipta kejutan menang 21-15, 21-19 dalam masa 41 minit, bermakna tiada lagi wakil negara dalam perseorangan lelaki di Paris.

FOTO: Ihsan BAM

Turut melakar aksi menghampakan pasangan wanita Lim Chiew Sien-Vivian Hoo.

Mereka juga pulang awal, dimalukan beregu tidak ternama dari  Australia Setyana Mapasa-Angela Yu, 15-21, 15-21.

Turut terkandas pada pusingan pertama,  beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah.

Mereka dikalahkan gandingan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu 21-18, 16-21, 12-21.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini