comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Pelaburan palsu, isteri Shuib, Watie rugi hampir RM100,000

Watie Hanifiah (kanan) bersama suami, pelawak Shuib.

KUALA LUMPUR: Usahawan Watie Hanifiah mendedahkan dia kerugian hampir RM100,000 selepas terpengaruh dengan skim pelaburan palsu.

Menurut laporan media, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, yang juga isteri pelawak Shuib daripada kumpulan Sepahtu dipetik sebagai berkata dia terjebak untuk menjadi pelabur selepas terpengaruh dengan pulangan keuntungan tinggi yang ditawarkan skim itu.

“Saya menyedari skim itu tipu sebelum saya ke China,” katanya.

Menurut Watie, kejadian itu menjagi pengajaran kepadanya kerana tidak mengendahkan nasihat suami supaya berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan.

Jelasnya, akaun Instagramnya turut digantung pada hari yang sama susulan kejadian itu.

“Sudah pasti ini bukan permulaan yang baik untuk tahun 2024, apa tah lagi ia berlaku pada Januari,” katanya.

Watie mengakui suaminya sejak kejadian itu tidak jemu-jemu menasihatkan dia agar mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini